Monday, November 16, 2009

follow up check

ari ni hadi ada follow up check dengan doktor fadzillah. syukur alhamdullillah...doktor kata hadi dah ok. x de lagi bunyi kahak, so hadi x perlu lagi makan ubat2 yang doktor bagi tu. cuma kena habiskan ubat singular tu.

ramai yang kata hadi ni sakit / demam sebab nak kurangkan berat badan. jadi boleh la jalan lepas ni.

komen ibu: x de maknanyer. seminggu kuar hospital,berat naik dari 10kg kpd 10.5kg :-)hadi pun masih belum boleh berjalan. kesimpulannya, hadi ni manja sangat & malas nak jalan lagi. he..he.he.. ni babah la ni, manjakan sangat. tapi bukan babah je kan? nenek & atuk & ibu pun sama. mana taknye..3 tahun punya tunggu :-)

0 comments: