Tuesday, November 10, 2009

hadi admitted @ DEMC

hmm...setelah beberapa hari demam & buat neb di DEMC, hadi masih demam & batuk pun makin kuat. malam2 susah nak tidur. akhirnya, khamis lepas paksu hantar ibu untuk bawa hadi ke DEMC jumpa dr. roliza. sebab doktor koshy sedang bercuti. dr. roliza syorkan hadi diadmitted ke wad sebab bunyi di bahagian dada kuat. ibu setuju je dgn cadangan doktor tu. sebab ibu dah tak tau nak buat camne. hadi dah tak nak makan, susu pun x nak minum. risau ibu & babah dibuatnya.

hadi masa mula-mula admitted, tengahari 5/11/2009

so, ibu pun cancel la nak masuk ofis petang tu, sebab kesihatan hadi lebih penting. ibu nak temankan baby ibu yang sakit ni.

nasib baik la babah dah buatkan insurans untuk hadi. itupun lepas berkali2 ibu suruh. syukur alhamdullillah...insurans cover 99.99% kos. babah kena top up dalam RM200 je. so, dapat la hadi duduk bilik yang selesa. mula2 hadi kena duduk bilik double. tapi ibu tau hadi x boleh tahan duduk bilik double. bukan apa, susah nak tidur sebab kawasan limited. hadi mana boleh tidur atas katil. mesti nak kena bentang toto dan tidur kat lantai. tambahan plak, buaian tak ada. lepas tu kena berkongsi tv plak. hadi kalau ada tv susah nak tido. sakit2 pun nak jugak tengok tv especially iklan.

malam pertama, hadi pun dapat la tukar ke bilik Emerald. Selesa sangat la. untuk tempoh 5 hari berkampung di DEMC. malam tu jugak doktor masuk jarum kat tangan kanan hadi untuk masukkan antibiotik & air. kesian ibu tengok, tangan hadi kena balut dua2 belah. sebelah kiri dibalut jugak sebab takut hadi tarik balutan kat tangan kanan tu. dah macam transformers @ robocop dah ibu tengok tangan hadi.


Sepanjang 5 hari tu, hadi kena neb setiap 3 / 4 / 6 jam sekali, kena check peratus aliran oksigen dalam badan, kena check suhu badan, makan ubat2 ikut time, masuk air dalam badan sebab kurang minum & makan, masuk antibiotik dan hari jumaat (6/11/2009) plak mula buat fisio. masa fisio ni la ibu & babah tak tahan. tak sanggup tengok hadi kena tepuk kuat2 dan kena sedut kahak guna tiub. nasib la ibu & babah x di bagi masuk bilik fisio. kalau x mahunye ibu & babah yang menangis lagi teruk dari hadi. tapi ibu & babah tabahkan la hati. sebab ini la caranyer nak keluarkan kahak yang banyak. hadi pun meraung & menangis bukan main lagi setiap kali makan ubat, buat fisio & ambik neb.

disebabkan hadi ni lasak, ari sabtu tu nurse x dapat masukkan antibiotik dan air dalam badan hadi sebab jarum kat tangan hadi dah tercabut. x sanggup ibu & babah tengok darah yang banyak kat tangan kanan hadi tu. nasib baik la doktor kata x perlu masuk air lagi, kalau x kena la cari urat kat tangan kiri plak. adoi...x sanggup la ibu. bila dah buka balutan kat dua2 belah tangan, hadi pun mula la lasak. sakit tapi macam tak sakit. sabtu (7/11/2009), hadi dah mula nak makan & minum susu. senang skit hati ibu. ibu pun buatkan la bubur nasi dengan carrot, kentang, daun sup & isi ikan siakap. suka betul hadi makan, walaupun x banyak macam biasa. hari sabtu, hadi kena buat fisio 2 kali, pagi & petang. doktor kata bunyi kat dada pun dah ok. cuma ada sikit2 kat belakang badan.

syukur alhamdullillah...hadi dah mula minum susu & makan lebih banyak berbanding beberapa hari ni. dah mula senyum lebar dan ketawa besar walaupun suara dah nak hilang :-)

isnin (9/11/2009), doktor fadzillah pun benarkan hadi keluar hospital. so, sekarang hadi kena sambung makan ubat ikut time sebab batuk ada lagi sikit2. hadi pun kena buat follow up dengan doktor fadzillah 16/11/2000 ni.

terima kasih la pada nurse2 tingkat 4, doktor roliza & doktor fadzillah kat DEMC atas layanan dan perkhidmatan yang baik sepanjang hadi berada di DEMC.

0 comments: