Saturday, November 14, 2009

playtime...

ari ni kita pergi tesco extra sebab dah lama x pergi situ dan nak beli susu hadi dengan hadiah untuk ofismate ibu yang baru dapat baby. lagipun dapat la bagi hadi main2 kat situ. maklum la musim hujan, nak pergi tasik / playground x boleh.

kat tesco extra tu ada playland untuk kanak2. kira murah gak sebab, sekali main satu token je. satu token harganye RM1. murah le banding kalau gi funfair. mula2 main, hadi blur je, sebab baru terjaga dari tidur. hadi pun x berapa berani main kat situ sebab banyak sangat pergerakan dan bunyi muzik.



yang hadi suka bila naik cawan berpusing. bukan main relax lagi dia, sambil tengok keliling. sampai 2 kali ibu bagi hadi naik cawan berpusing. ok la, lain kali kita pergi lagi ye :-)

0 comments: