Sunday, January 10, 2010

hadi @14th months



hadi dah pun masuk 14 bulan, tapi masih malas nak jalan lagi. risau la ibu. bulan depan nak jumpa dr. koshy balik untuk injection. nanti takkan hadi nak berdukung lagi masuk bilik dr. koshy. manja sangat la hadi ni.

dah 14 bulan ni, ini lah perkembangan hadi:-

* hadi dah boleh jalan dengan berpaut kat sofa @ meja;
* dah pandai tunjuk dengan jari;
* mulut makin riuh;
* suka tampar orang lagi2 kalau tengah geram;
* dah tak nak makan bubur nasi;
* dah boleh sebut perkataan babah @ ayah.
* dah pandai cari babah bila babah outstation;
* dah pandai mengecak makanan orang;
* bila ibu pakai tudung, mula la x senang duduk. sebab nak ikut ibu keluar.

walau pun hadi ni dah pandai sebut babah @ ayah, ibu x tau la dia faham ke apa yang dia sebut tu. dah la tu, ikut suka ati dia je. kejap panggil babah, kejap panggil ayah. whatever la hadi :-)

hadi ni paling suka tengok iklan kat tv. kalau dengar je muzik iklan kat tv, bleh berhenti la buat apa2 yg dia tengah buat. paling x tahan kalau tengah suapkan makanan. letih la nak tunggu dia concentrate tengok iklan kat tv.

tidur pun dah makin lasak. selalu la ibu & babah kena sepak (tangan) @ sepak (kaki)masa tidur. kejap kat tepi ibu, kejap kat kaki ibu, kejap kat perut babah. merata la si hadi ni merayap masa tidur. dah bagi seluas2 kawasan pun macam x cukup tempat lagi. nasib baik la tidur kat atas tilam yang babah tarik ke lantai. kalau tidur atas katil, sure hadi dah berapa kali jatuh ke lantai.

0 comments: