Wednesday, January 13, 2010

hadi @ alor gajah & ayer keroh

khamis lepas (7 Jan 2010), emak kepada kawan ibu meninggal dunia di batu pahat. Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.

Sayangnyer ibu tak dapat pergi tengok pengebumiannya di alor gajah, sebab pagi 8 Jan 2010 tu ibu sepatutnya ada meeting. tapi tunggu punya tunggu, last minute meeting tak jadi. ibu plak rasa tak senang hati kalau tak dapat pergi ziarah sebab kawan ibu tu memang la baik sangat orangnyer. jadi di saat dia bersedih, nak tak nak ibu kena jugak jumpa dia.

ibu pun bg tau kat babah nak pegi tahlil arwah lepas isya' 8 Jan 2010 tu. babah pun setuju & memandangkan alor gajah tu jauh, babah pun setuju supaya kita bermalam di a famosa resort. a famosa ni kira paling dekat la dengan rumah nenek kawan ibu tu. tapi lain kali ibu tak nak stay dah kat a famosa ni. x best langsung! biliknye x berapa bersih especially toilet & bath room dia. dulu masa pegi sini, rasanya x la teruk biliknye mcm ni.

dalam pukul 6 petang, kita pun bertolak la ke alor gajah. nenek dan atuk pun ikut sekali. nenek siap mintak kawan dia gantikan keja pagi sabtu tu (9 Jan 2010)sebab nak ikut jalan2 ke melaka. sampai a famosa dalam pukul 7.30 malam. ibu & babah siap2 la nak gi tahlil. hadi tinggal dgn nenek & atuk kat hotel. bukan apa, hadi ni mulut kan bising. takut ganggu org bertahlil nanti :-)

esoknya, sebelum balik kita pergi zoo melaka, ayer keroh. dulu masa gi zoo negara macam tak puas & tak best. tiket masuk pun murah sangat compare dengan zoo negara. lagi pun puas hati la jalan2 kat zoo melaka ni.






lepas gi zoo melaka, kita pun bertolak balik tapi singgah kejap kat pangkalan balak. dapat la hadi mandi laut untuk pertama kalinya. mula2 bila ibu berdirikan hadi kat gigi air, hadi takut bila air laut tu sampai ke kaki. tapi lama2 bila babah bawa hadi mandi, bukan main suka lagi. atuk siap bawa hadi pergi ke tengah laut lagi. ibu x dapat join la atas sebab2 yg x dapat dielakkan :-) next time ibu join k & kita bawa pelampung untuk hadi ye!




0 comments: