Thursday, January 21, 2010

syukur alhamdulillah.....


21 Januari 2010 genap la setahun usia blog IKHWAN HADI'S JOURNEY. x sangka dah setahun rupanye ibu mencatat perkembangan dan aktiviti hadi, walaupun bukan la dibuat secara harian. ibu menulis di blog ni sebagai diari @ jurnal untuk hadi dengan harapan hadi satu hari nanti hadi juga dapat menulis di blog ini & dapat melihat semula kehidupannya semenjak lahir.

sekarang pun hadi suka tengok blog ni sebab byk gambar2 hadi kat sini. hadi siap gelak2 tengok gambar dia. setiap kali ibu pegang laptop, hadi pun mula la tersenyum2 berjalan @ merangkak datang pada ibu. sebab dia tau ada gambar dia dalam laptop ni. jadi dia nak tengok la gambar dia. pandai betul anak ibu ni.

okla, nanti hadi dah pandai menulis, ibu ajarkan macam mana nak buat entry k. mana tau kalau hadi dapat belajar overseas, bleh la ibu & babah baca blog hadi & tau perkembangan hadi :-)

0 comments: