Friday, December 11, 2009

hadi kulum duit 50 sen!!!!

nak di jadikan cerita...11/12/2009 selangor cuti sempena birthday sultan selangor. so, babah kena la keja. ibu & hadi tinggal kat umah la.

sejak dua menjak pandai berdiri ni memang bukan main buas & lasak lagi si hadi ni. dia pun berdiri la kat coffe table main handbag ibu kat situ.dah biasa tengok dia gigit2handbag ibu tu. jadi ibu biarkan je la, sambil tu ibu pun tengok la tv.

bila ibu tengok balik, ibu nampak hadi tengah main air liur dia yang banyak kat atas lantai kat pintu depan umah. ibu pun pelik la, ngape banyak sangat air liurnye. pastu nampak mulutnyer macam tembam semacam, macam ada benda kat dalam mulut. ibu pun masukkan la jari dalam mulut hadi. nak tengok kalau ada apa2 kat dalamnyer. rupa2nyer, ada duit 50sen!

ya Allah! terkejut besar ibu dibuatnyer. rasa macam nak gugur jantung ni. agaknya punggah punya punggah...dalam diam masa ibu tengah leka tengok tv, si hadi ni dah buka zip handbag ibu. ibu pun x tau la sejak bila plak dia pandai bukak zip ni.

ibu pun SMS la babah bagi tau. apa lagi, babah pun call la ibu. babah pun pelik camne hadi bleh bukak zip handbag ibu. hish...macam2 la hadi ni. lain kali jgn main lagi tau.

ini la saat2 awal hadi menggigit handbag ibu...bukan main lagi ye! abis la handbag ibu tu berbekas dengan gigi2 hadi


0 comments: