Friday, December 18, 2009

ziarah tok babah...

2 minggu lepas, tok babah dah dtg ziarah hadi kat DEMC. so, ari ni babah, ibu & hadi pergi ziarah tok babah plak kat ampang. tok babah selalu telefon babah tanya pasal hadi. suka sangat dia kat hadi.

lepas ziarah tok babah, kita pun singgah la sunway pyramid. saja singgah jalan2. masa kat situ, dapat la hadi merasa naik kereta ni. siap buat bunyi2 lagi :-) hadi..hadi..




amboi bukan main suka si hadi. sampai nak berdiri kat dalam kereta tu. tapi sekejap je hadi duk kat dalam kereta tu. sebabnye susah nak turun naik sunway pyramid tu dengan kereta ni. tak pe la, lain kali kita datang lagi hadi ye.

sambil jalan2 sempat la bw hadi gi tengok tempat org main ice skating. muka macam pelik je si hadi. dok pikir kot apa benda la yg org2 tu buat ye :-)


late lunch plak kat chicken hartz. hadi siap muntah sebab x bleh makan whipped potatonyer. sebab whipped potatonyer yg segera punya. macam2 la hadi ni. bleh tau plak dia whipped potato tu yg tepung punye. ibu terpaksa gi beli t shirt utk hadi. bila ibu sampai balik kat chicken hartz...rupa2nyer hadi dah tido. so, tukarkan gak la baju & tidokan kat dlm stroller

yang sebenarnya...si hadi ni kepenatan. dari tengahari ke senja, x tido2. tapi disebabkan jalan2 punye pasal, sanggup tahan mata. tapi bila dah x tahan sangat, ini la kesudahannya.

0 comments: