Tuesday, February 23, 2010

THISTLE: Port Dickson lagi....

hehehe...kali yang kedua dalam minggu ni kita gi Port Dickson. kali ni kita stay kat Thistle untuk 3 hari 2 malam (19-22 Februari 2010), dulu tempat ni hotel guoman. best la hotel ni, maklum la baru diubahsuai lepas Thistle ambik alih. swimming pool pun luas, laut bersih jadi boleh la mandi laut, ada buaian kat pokok di tepi laut, bilik air selesa & dapat plak bilik yang menghadap laut & swimming pool. dapat le tengok matahari terbenam.



satu masalah je dengan bilik hotel ni, perabot2 nya berbucu tajam. x sesuai la untuk family yang ada anak yang lasak @ hyperaktif macam hadi ni. jadi terpaksa la disekat bucu2 perabot dengan kerusi yang ada dalam bilik.

sampai kat bilik, hadi bukan main suka lagi berjalan sana sini. abis sampai bilik air pun dia keluar masuk. bila ibu tutup lampu bilik air tu, hadi pun macam lipas kudung keluar. hahaha...tau pun takut. bukan apa, bilik air kan licin. takut hadi jatuh nanti. lagipun hadi belum pandai sangat jalan lagi.

makanan plak x dapat la nak komen sedap ke tidak. sebab kita selalu makan kat luar je. rasanya rate dia mahal kalau tengok rate yang company babah kena bayar untuk kursus kat situ selama 3 hari 2 malam.

sepanjang kat sana, babah tak sempat pun teman hadi mandi swimming pool @ laut. jadual babah packed. lunch pun tak sempat nak singgah bilik. nasib baik la nenek & atuk ikut kita. dapat la mandi-manda, lunch kat luar & jalan2. kalau tak, duk dalam bilik aje la kita.


hadi mandi manda di swimming pool...


hadi mandi manda di laut...


hadi bercanda di tepi pantai yang indah...


hadi bercanda di tepi swimming pool... comelnyer anak ibu ;-) besar dah dia ye


nenek main buai kat tepi laut...


hadi yang takut main slide dengan ibu...kesian dia, menangis lepas masuk dalam kolam. hahaha, jahat la ibu ni kan? kekeke


atuk mengutip pasir kat pantai...


hadi main langsir kat dalam bilik...


hadi main kat kidz room...

best la stay kat sini, cuma terkilan la babah tak dapat ikut mandi swimming pool & laut sama2 :-( tak pe la. mana tau ada rezeki kita bleh datang sini lagi...

2 comments:

Ms Pearl said...

pegi hotel ni lama dulu masa tu guoman hmmmmmm the food? entah la masa tu tak berapa sangat!

but bbq punya food sabtu malam memang best!!

:D

ibuaries said...

skrg rate dia dah naik rasanye. tu yg malas nak mkn kat dlm dah la x tau best ke x foodnye. swimming pool & laut dia best la. x sangka plak ada crystal clear water kat PD