Thursday, March 11, 2010

hadi demam lagi


hadi demam plak... siap kena sawan tarik 3/03/2010 lepas. mcm nak gugur jantung ibu bila dapat call dr nenek kata yang hadi kena sawan tarik. kelam kabut ibu bertolak dari ofis kat putrajaya ke DEMC shah alam. nasib baik pak ngah ada kat bengkel. so, pak ngah la datang umah nenek, bawa hadi & nenek pegi DEMC.

sampai kat DEMC ibu tengok hadi dah terbaring kat atas katil DEMC sambil membebel. badan pun lencun sebab dibasahkan dengan air untuk sejukkan badan. sian baby ibu...lepas tu kena buat blood test plak. tp doktor kata darah ok. lega skit rasanya. cuma doktor kata tonsil hadi merah & bengkak. mungkin sebab tu la suhu badan hadi naik mendadak sampai kena sawan tarik. doktor kata selalunya bila kena sawan tarik, doktor akan tahan kat wad. tapi sebab bilik penuh, so doktor bagi ubat dan mintak supaya jaga hadi kat rumah je.

jadi, ibu pun ambik la cuti jaga hadi kat rumah. hadi ni biasa la demam pun macam x demam. tengok la ni...sibuk tengok tv & main kat grill





payah gak nak sejukkan badan hadi ni. sebab hadi tak mau duduk diam. berjalan & main je. terpaksa la ibu balut kepala dengan lampin basah. itu pun kejap je tahannye. bila dah rimas, hadi pun tanggalkan la lampin tu.

sampai hari sabtu 6/10/2010, demam hadi masih tak kebah lagi. suhu badan asyik naik turun je. ibu pun rasa tak larat dah nak berjaga je. lagipun hadi tak mau makan ubat. asyik muntahkan aje. macam mana nak sihat. jadi pagi sabtu, ibu ajak babah bawa hadi pergi DEMC jumpa dr. koshy. biar la hadi kena tahan wad pun takpe. asalkan ibu tau hadi sihat nanti. seperti yang dijangkakan, dr. koshy advise untuk admit hadi supaya bleh masuk ubat ikut IV. lepas tu kena la buat physio dan sedut kahak. hadi seperti biasa seronok je duduk kat DEMC. agaknya dia ingat bilik tu bilik hotel sebab siap ada tv dan bilik air lagi khas untuk dia. sabar je la.

jadi ibu dan babah gilir2 la cuti. hari ahad malam, demam hadi pun dah kebah. tapi batuk, selsema & kahak ada lagi. hari rabu (10/3/2010) doktor bagi hadi keluar wad. tapi hadi kena jugak makan ubat lebih kurang 5 jenis sebab batuk dan selsema tak baik sepenuhnya.

bila ibu tengok2 balik gambar hadi ni...mcm rupa kartun smurf la plak. bezanya hadi x la warna biru kan :-))) comel betul la anak ibu ni. geram!!! mcm nak gigit2 je si tembam ibu sorang ni. cepat baik ye sayang ...

0 comments: