Monday, March 1, 2010

Hadi makin lasak...

Sekarang ni hadi dah pandai jalan. Kalau bawa gi mana2 kena pakaikan kasut sebab di tak nak didukung. Nak berjalan je. Ada masanye x nak dipimpin langsung. Sambil jalan, mulut pun membebel. Ntah apa yang dicakapnye pun ibu & babah tak faham. Sabar aje la. Ibu & babah geleng kepala aje la tengok perangai budak sorang ni. Mentang2 dah dapat kaki, tak mau duduk diam. Kalau diangkat nak dukung, mula la dia lembikkan badan & melawan tak nak didukung.

16/02/2010, ibu & babah bawa hadi gi DEMC sebab hadi batuk & selsema. Orang dah la ramai dengan muka memasing yg ketat je sebab tak sihat. Ibu, babah & hadi muka sihat je, senyum2 melayan hadi yg dah jalan merata2 kat area klinik DEMC tu. Mesti orang2 kat klinik tu tertanya2, siapa la yang sakit sebenarnya antara 3 beranak ni :-) Yelah org yang sakitnyer, sihat walafiat je berjalan ke hulu ke hilir. Gelak gelak sambil membebel. Puas la babah kejar hadi. Tapi ditepisnya tangan babah yang nak pimpin dia. Hadi…hadi..notti betul ye.

0 comments: