Sunday, May 16, 2010

infection lagi

ahad ptg lepas makan kat sari ratu, ibu & babah bw hadi gi demc utk ambik neb. sementara tunggu, nurse yg lalu kat tempat menunggu pun ambik suhu badan hadi sebab tgk keadaan hadi yang lemah sangat & muka pun merah & sembab. suhu badan hadi naik sampai 39.8c. ibu & babah pun terkejut la. sebab badan hadi x la panas sangat. tapi kepala hadi panas betul. nurse pun terus bagi ubat kat buntut. x lama lepas tu hadi terus ambik neb. doktor pun dtg periksa lepas tu. doktor suggest hadi stay kat wad sebab paru2 hadi kena infection yang sebabkan demam panas.

ibu dan babah pun x pikir panjang lagi. terus je setuju dgn cadangan doktor tu. kalau bawa balik umah pun, ibu takut x terjaga hadi. yelah, sakit kat dalam bukan bleh tau elok ke tidak.

sementara tunggu bilik, suhu badan hadi pun dah turun. seperti biasa....bila dah sihat mula la x duduk diam. tengok la ni...orang kat demc pun confuse hadi ni sihat ke sakit




bila kena tahan wad, biasa la kena buat fisio untuk sedut kahak & hingus. pastu kena plak masuk antibiotik thru IV.



adoiiiii...x larat dah ibu ni. asyik kluar masuk spital je. kalau dikumpul bil2 ni, bleh beli kancil sebijik cash lagi. x pela. kalau kena thn spital, at least ibu tau la hadi dpt the best treatment yg ada dgn dr. koshy. kalau dok umah makan ubat je, ibu & babah pun x tau sejauh mana ubat2 makan tu bleh menolong. kali ni lama skit hadi kena thn spital. dari 9hb malam sampai la 15hb malam. sepanjang tempoh tu la ibu & babah bergilir2 cuti sebab nak jaga hadi kat spital. angkut la segala baju & ulang alik umah nenek untuk basuh baju. dah rupa org badwi dah ibu & babah ni.

masa treatment, dr. koshy kata bila keluar nanti hadi kena pakai inhaler untuk asma tu sebab bila hadi bernafas bleh dgr bunyi wheezing kat dada. tapi nasib baik la...pagi sabtu tu bila dr. koshy check, dah x de lagi bunyi tu dan kahak & hingus hadi pun dah warna putih dan cair. jadi x payah la hadi guna inhaler. tapai still kena makan ubat selsema, batuk & kahak sampai la selsema & batuk sama2 pulih. syukur alhamdullillah.

ini la keja hadi bila dah bosan...merenung nasib diri kat tingkap..


ibu & babah decide, nak x nak lepas ni ibu & babah akan paksa hadi minum alpha lipid. walau pun ibu & babah tau, rasanya x sedap. tapi demi kebaikan hadi & ibu & babah pun x sanggup tgk btp deritanya hadi bila buat fisio, nasib la. nak tak nak hadi kena gak minum alpha lipid. FULL STOP!

hopefully lepas ni, hadi x la kena infection lagi. ibu & babah pun nak cuba cari nurseri untuk hadi. hadi pun dah 1 thn setengah, elok la hadi pergi nurseri untuk beralih angin.

2 comments:

Ms Pearl said...

kesiannya.......
tahun lepas marissa dua kali masuk demc...demam panas

alhamdulillah..tahun ni demam biasa saja. maknya pulak masuk hospital.hmmmmmm

dugaan ya siti.....
dr koshy okey dr marissa gak tu :D

ibuaries said...

itu la dugaan nak besarkan anak..

dr. koshy mmg ok. selesa la nak discuss dgn dia. kadang2 kita x tanya pun, tapi dia bg gak advice. yelah kita ni kan first time parents :-)