Sunday, May 23, 2010

follow up appointment

semalam hadi ada follow up appointment dengan dr koshy. pagi2 dah bertolak gi demc sebab x mau tunggu lama. slalunye hari sabtu memang dr koshy ramai patient sebab ari cuti. nasib baik la masa sampai babah gi ambik nombor dulu sementara ibu pergi parking. dapat la no. 3. jadi dalam pukul 10.30 pagi dah settle. malas gak kalau tunggu lama2, sebab hadi ni bukannya nak duduk diam. ni pun dapat no. 3 dia dah panas punggung menunggu. dok berjalan & main kat play area tu.




masa jumpa doktor, hadi masih ada selsema & batuk sikit2 walaupun dah seminggu keluar demc. dr koshy kata 2 minggu lagi hadi kn ambil suntikan preavina & kalau hadi masih batuk & selsema masa tu, hadi kena pakai inhaler. hishhhh...ibu x berkenan betul kalau hadi kena pakai inhaler, harap la hadi sihat by that time.

lepas appointment tu, kita gi brunch kat noodle station, SACC Mall. bukan main seronok hadi dapat kluar jalan2. maklum la dah lama x kluar jalan2 sejak masuk DEMC. kesian babah, x larat babah nak mengejar hadi.


0 comments: