Tuesday, May 25, 2010

Hobi #1


Hobi #1 hadi sejak terbaring sampai la sekarang ni dah pandai jalan ialah menonton tv. Mana tak nye, tido, baring, makan semua kat living hall yang ada LCD TV paling kurang pun 32 inci (x kisah la dekat babysitter ke @ kat rumah nenek @ rumah). Puas la nengoknye, itu pun x puas ati lagi. Mesti nak tengok dekat2. Rabun la mata nanti, hadi. Dah jadi kerja pulak kena alihkan hadi jauh dari tv.

Macam biasa la hadi suka tengok cerita kartun macam Dibo The Gift Dragon, Roary the Racing Car, Kacang, Upin & Ipin, Jim Jam & Sunny. Show macam-macam Aznil pun dia suka, kekadang layan gak drama.

Yang melucukan bila hujan, siaran Astro hilang tiba2 & skrin jadi hitam, mula la hadi lari sambil menjerit cari orang yang duduk dekat dengan dia. Sebabnya dia takut skrin tu jadi hitam. Hahahaha….ingatkan berani sangat, baru macam tu dah takut 

0 comments: