Wednesday, May 26, 2010

Ikhwan Hadi's 1st year....


puas la ibu belek2 gambar dalam folder nak cari gambar yang sesuai. pastu nak susun plak lg. bila bandingkan muka hadi baru lahir dengan muka sekarang, jauh betul bezanya. masa mula2 lahir, hadi x kena jaundice. tapi hari ke-3 nak kuar spital, tengok jaundice dah ada. tp doktor kata x teruk sangat kuningnya. jadi doktor pun bg la balik umah dulu. yelah doktor pun kesian kat kita dok terperap kat demc.

tapi 2 @ 3 hari lepas tu hadi kena tahan wad jugak sebab jaundice dah naik. sedih la gak ibu. menangis sorang2 senyap2 kat bilik nenek. nenek siap pujuk kata hadi x de apa2 & kata biasa la budak baru lahir kena jaundice. nenek x bagi ibu nangis2 sebab dalam pantang.

sebab ibu rindu gak kat hadi, ibu kuatkan semangat pegi demc dengan babah. ibu tahan je sakit operation & drive gak keta pegi tengok hadi. babah x galakkan ibu pegi sebab dia takut nanti ibu menangis tengok hadi. tapi ibu x peduli sebab ibu rindukan hadi.

memang betul kata babah, ibu menangis bila masuk nurseri & tengok hadi tidur meniarap kat bawah lampu biru & mata hadi kena tutup. sedih tengok anak ibu camtu. rasa macam nak ambik & peluk hadi je. tapi ibu x boleh buat macam tu. ibu ingat nak usap la sikit badan hadi, tapi babah kata jangan. takut hadi sedar yang ibu ada kat situ & buat hadi terjaga @ menangis plak nanti. & bila hadi dah nangis nanti ibu pun mula la x tahan tengok.

tapi syukur alhamdullillah hadi x kena tahan lama. tapi kesian kat hadi sebab kulit dah jadi gelap kena lampu punye pasal. kawan ibu, auntie rahilah yang tengah pregnant tu pun datang bagi susu kambing untuk buat ubat jaundice. ibu & babah plak kena paksa hadi minum susu setiap 1 jam. sebab masa kena jaundice hadi x nak minum susu & asyik tido je. pagi2 plak babah akan duduk berjemur dengan hadi nak bagi jaundice tu baik.

ish...ish...pengalaman betul first time jaga baby yang kena jaundice ni

0 comments: